You are here:

cyberteamclub.com

JA slide show
Welcome, Guest
Please Login or Register.    Lost Password?

Pondan tersilap masuk kereta penguat kuasa Jaim
(1 viewing) (1) Guest
Go to bottomPage: 1
TOPIC: Pondan tersilap masuk kereta penguat kuasa Jaim
#25736
Pondan tersilap masuk kereta penguat kuasa Jaim 5 Months, 4 Weeks ago  
MELAKA: Seorang lelaki berlagak wanita tersalah langkah apabila memasuki kereta milik anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) selepas dipelawa hingga memudahkan tangkapan ke atas pondan terbabit dilakukan, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 pagi di Jalan Tun Ali, dekat sini, sekumpulan anggota penguat kuasa Jaim sebelum itu melakukan rondaan di kawasan berkenaan lalu menegur lelaki berusia 29 tahun terbabit.

Teguran anggota penguat kuasa berkenaan yang turut menyamar untuk bertanyakan mengenai ‘khidmat’ diberikan menyebabkan lelaki terbabit masuk ke dalam kenderaan dan menyebabkan dia terus digari lalu dibawa ke pejabat Jaim.


Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agamnya, Rahimin Bani, berkata ketika lelaki terbabit ditemui dia berpakaian seksi dengan mengenakan baju ketat jenis `tube’ serta berskirt pendek paras peha.


Selain itu, katanya, pondan terbabit turut mengenakan solekan serta berambut panjang dengan menampilkan perwatakan wanita dengan jelas.


“Lelaki berlagak wanita terbabit menawarkan diri untuk menaiki kenderaan anggota penguat kuasa Jaim dan dia masuk menerusi pintu tempat duduk penumpang belakang.


“Dia pada mulanya tidak menyedari ada seorang lagi anggota penguat kuasa di belakang kenderaan, dan terus digari,” katanya.


Rahimin berkata, siasatan yang dilakukan terhadap lelaki terbabit mendapati dia bekerja di sebuah salun di bandar ini.


Katanya, sebelum ditahan dia bersama rakannya menghadiri parti di satu lokasi di sini.
Rising_spirit
Administrator
Posts: 2049
graphgraph
User Offline Click here to see the profile of this user
Cyberteam badminton club - Rising spirit sports management.
The administrator has disabled public write access.
 
Go to topPage: 1

Menu Ahli

Peti Banci

Dari mana anda mengetahui tentang kami?
 

Join Us




Visitors

Today: 118
Yesterday: 341
Last Week: 2218
This Month: 1573
Last Month: 6290
Total: 341538

Countries

62.7%United States United States
30.1%Malaysia Malaysia
1.9%Indonesia Indonesia
1.9%Australia Australia
1.2%Japan Japan


Users

Most active users today from total of 4:
edyz, clemenza, oged_kk, pudin