CYBERTEAM TEWAS SEMUA GAMES – 5-0.
Keseluruhan 5 regu harapan Cyberteam kecundang dengan 3 strait sets dan 2 games ke set penentuan. Satu rekod kekalahan paling teruk dalam sejarah penubuhan Cyberteam. Walaupun kem Cyberteam membawa penyokong untuk menaikan semangat, ternyata tidak memberi kelebihan.
Petaling Jaya – 3 March 2009. Mimpi ngeri bagi pasukan Cyberteam apabila kesemua pemain yang dipertaruhkan tewas kepada pasukan Kelana Jaya yang ternyata lebih cemerlang. Pemain Cyberteam seperti kehilangan focus dan arah dengan melakukan banyak kesilapan di jaring dan bola keluar garisan. Tahap kecergasan juga ternyata memihak kepada pasukan Kelana Jaya. Strategik menyerang, bermain bola rendah dan jangan melayan rentak pihak lawan yang di usulkan oleh pengurus Kelab juga nampaknya tidak dihiraukan, malah pemain bermain dengan rentak yang sama walaupun tidak mendatangkan hasil. Cuma pujian harus diberikan kepada Presiden kelab dan qayyum yang menunjukan pemainan yang agak menyakinkan.
Games pertama seperti lazimnya Cyberteam mengharapkan kemenangan menerusi gandingan Janggut dan Zikri bermain dengan baik pada awalnya pada set pertama dengan memenangi 21-19. Malangnya momentum ini tidak dapat dikekalkan pada set kedua dan ketiga apabila bola hantaran sering terkandas dijaring dan juga tersasar diluar garisan. Kesilapan sendiri iaitu enforce error inilah yang memberikan kemenangan pada pihak lawan, sungguhpun regu ini berjaya menyekat kemaraan pihak lawan. Mata yang dikumpul oleh Regu Cyberteam adalah dari keupayaan dan mematikan bola digelanggang. Manakala mata yang diperolehi dari pihak lawan banyak daripada enforce error pemain kita. Kesilapan melayan rentak pihak lawan juga merupakan punca kekalahan dimana regu kita sering menghantar bola tinggi untuk lawan menyerang. Set kedua dimenangi regu Kelana Jaya iaitu gandingan syed dan apai dengan 21-17. Pada set ketiga regu kita hampir memenanginya untuk memberikan mata pertama buat pasukan Cyberteam apabila mendahului 21-20 tetapi sekali lagi dua kesilapan enforce error telah memberikan kemenangan kepada pihak lawan dengan keputusan 23-21.
Pada games kedua pasukan Cyberteam mewakilkan regu lama mereka iaitu Shamsul dan Anuar menentang regu Kelana Jaya menurunkan Husin dan Shah. Pada permulaan set pertama kedua dua pasukan sering kejar mengejar rapat antara satu dengan lain sehingga ke mata 7-6, selepas itu regu Kelana Jaya terus menguasai permainan dengan banyak enforce error dari Cyberteam, yang paling ketara adalah drive ke baseline yang selalu tersasar keluar sehinggakan pihak lawan menang mudah 21-11. Pada set kedua pula, tidak banyak yang mampu dilakukan oleh regu kita walaupun shamsul bermain dengan agak baik dan bersemangat namun pihak lawan lebih bijak menangani setiap asakan dan menang mudah 21-11.
Dengan kemenangan ini, pihak Kelana Jaya telah menang selesa 2-0 dan keyakinan mereka semakin kuat dan bersemangat, manakala kem Cyberteam semakin cemas dan gelisah kerana hanya regu ketiga menjadi harapan Cyberteam untuk menghidupkan peluang mereka. Seperti dirancangkan Cyberteam menurunkan pemain lama gandingan Kuman dan Azmir untuk memberikan mata pertama malangnya, regu ketiga ini tidak bermain pada tahap sebenar apabila azmir kelihatan tidak cergas dan tidak menjadi pemain killer yg lazimnya dilakukan. Tidak banyak smash dilakukannya untuk mengutip bola manakala setting di jaring juga tidak menjadi. Kuman pula bertindak sebaliknya sebagai killer digarisan belakang. Kesilapan enforce error juga merupakan factor utama kekalahan mudah kepada lawan. Pada set pertama kita tewas 11-21. Babak set kedua pula kuman menukar corak permainan dengan menhantar bola dijaring tetapi regu Kelana Jaya lebih mantap dan mudah mematahkan serangan Cyberteam. Akhirnya kemenangan mudah untuk kelana Jaya dengan keputusan 21-12.
Kemenangan Hatrik Kelana Jaya ini sekaligus menamatkan saingan Cyberteam seterusnya. Pasukan Kelana Jaya boleh menyanbut kemenangan mereka lebih awal dari sepatutnya. Yang tingal bagi Cyberteam adalah memenangi perlawanan seterusnya sebagai mengurangkan defisit kekalahan.
Pada regu keempat, Cyberteam pertaruhkan gandingan baru iaitu KrissMerah dan Yus yang merupakan orang kuat kelab iaitu presiden dan timbalan presiden menentang regu dari Kelana Jaya. Pada set pertama, kedua dua pasukan sering berkejar mata dengan rapat sehingga ke mata 16-15, Kriss yang bertindak cemerlang dengan smash kencang dan drop net yang kemas telah mencemaskan regu lawan manakala yus pula bijak mengatur hantaran mengelirukan terutama ke baseline. Mungkin factor bermain ditempat lawan memberi kelebihan pada Kelana Jaya apabila mereka menang tipis 22-20. Pada set kedua, regu Cyberteam mempertahankan rentak yang sama dan Kriss sekali lagi menunjukkan prestasi tinggi dengan smash dan net drop yang gagal dijawap oleh lawan. Yus pula sesekali melakukan smash untuk mengutip mata, tetapi dengan beberapa enforce error sendiri , akhirnya cabaran regu kita terpaksa akur dengan kekalahan 19-21.
Regu kelima Cyberteam membuat pertukaran dimana Rising spirit menarik diri untuk memberi laluan kepada pemain muda sebagai pendedahan iaitu saiful yang digandingkan dengan Qayyum. Kedua dua pemain muda ini adalah pemain harapan dan pelapis untuk Cyberteam yang berusia belasan tahun.
Perlawanan bermula dengan seimbang dimana kedua dua pasukan menunjukan semangat juang yg tinggi dan servis sentiasa bertukar tangan. Qayyum menjadi killer melakukan smash bertubi tubi manakala saiful pula bertindak sebagai net setting. Strategik ini nampak hampir berjaya apabila pihak lawan dapat dikucar kacirkan tetapi factor pengalaman dan ketenangan pasukan Kelana Jaya memberikan kelebihan kepada mereka. Akhirnya Cyberteam tewas 3 set dengan kedudukan 18-21, 26-24 dan 16-21. Pujian harus diberikan kepada kedua dua pemain ini yang memberikan tentangan dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Factor stamina dan kecergasan saiful juga perlu diperbaiki.
Dengan kekalahan ini bermakna Cyberteamtewas 0-5 kepada pihak lawan. Pasukan Kelana Jaya harus diberi pujian dan mereka memang layak memenangi tournament ini kerana rata rata mereka bermain dengan baik dan jarang melakukan kesilapan enforce error. Factor bermain ditempat sendiri juga memberi sedikit kelebihan kepada mereka.
Perlawanan ulangan ditempat sendiri iaitu Keramat AU2 pada minggu depan 11hb March 2009 jam 8.00 malam. Mampukah Cyberteam menebus semula kekalahan mereka dan apakah perancangan dan strategik pasukan Cyberteam mampu melakukan kejutan. Jawapan akan ditentukan pada malam itu.




Comments
RSS feed for comments to this post.