You are here:

cyberteamclub.com

JA slide show

Cyberteam vs Prasarana (NAVY)

E-mail Print PDF

 
Cyberteam melakukan kejutan dan upset.


Kuala Lumpur. 19 Nov,2008. Pasukan Cyberteam yang diterajui oleh Presiden baru Krismerah,akhirnya berjaya mengalahkan pasukan Prasarana (NAVY) dengan keputusan cemerlang 6-2 dengan kedua dua pasukan mendapat sorakan dan sokongan dari peminat masing masing yang mengamatkan dewan pada malam tersebut yang dihadiri oleh kira kira 50 orang.

Walaupun turun sebagai underdog dengan harapan memberi tentangan terbaik tetapi pemain Cyberteam telah menunjukkan semangat lawan yang jitu dan memenangi semua 5 perlawanan regu lelaki secara "strait set ", dan regu wanita menang 1 dengan tiga set yg penuh debaran.

Perlawanan dimulakan pada pukul 8.20 pm dengan Cyberteam menurunkan regu pertama sufian & Shamsi menentang Prasarana (NAVY) yang langsung tidak menghadapi banyak masalah menewaskan pasangan TLDM dengan keputusan 21-10, 21-11. Manakala regu kedua yang diturunkan iaitu Din & Fazli mencatat kemenangan mudah dalam masa 18 minit dengan keputusan 21-9, 21-4.

Dengan 2 kemenangan itu Cyberteam telah berada pada kedudukan selesa dan regu ketiga timbalan presiden cyberteam iaitu Yus dan Kazhar terus mempamirkan gandingan yang cermerlang mengalahkan
pasangan Prasarana (NAVY) 21-10, 21-10 menjadikan kedudukan bertambah selesa 3-0.

 

 

Pada game ke empat gandingan Rising spirit dan Izad telus mengalahkan regu Prasarana (NAVY) dengan strait set 21-14, 21-7. Dengan kemenangan ke empat berturut turut ini, berakhirlah perjuangan Prasarana (NAVY) secara rasminya pada pukul 9.50pm.

Perlawanan diteruskan dengan Cyberteam menurunkan Mutalib & Fairuz terus menang strait set 21-6, 21-8. Perlawanan keenam pula regu lelaki cyberteam tewas dengan 13-21, 18-21. walaupun pada set kedua Amir& zam cuba bangkit kembali tetapi kecederaan "cramp" pada pemain cyberteam menyebabkan kekalahan berikut.

Cyberteam pertaruhkan regu wanita pertama Misha dan Comel iaitu pasangan yg kali pertama digandingkan bertemu regu wanita Prasarana (NAVY) dengan perlawanan yang sungguh sengit dan tertekan, dimana kedua dua peminat memberikan sorakan dan sokongan kepada team masing masing. set pertama dimenangi oleh Prasarana (NAVY) 22-20, pada set kedua seolah olah cyberteam hampir tewas dimana ketinggalan 2-13, tetapi secara konsisten mendapat rentak dan terus mengejar hingga memenanginya dengan 21-16. set ketiga gandingan misha dan comel terus menguasai court dengan menang 21-12. Regu wanita cyberteam kedua ialah Esca & Ryeena tewas kepada regu Prasarana (NAVY) yang begitu mantap, dalam beberapa siri berbalas pukulan pasukan Esca dan Ryeena telah berjaya mengelirukan pihak lawan, walaupun tewas 6-21, 9-21 paasangan esca dan ryeena telah menunjukan semangat lawan dan tentangan yang baik walaupun ini kali pertama mereka digandingkan bersama.

Perlawanan ditutup secara rasminya pada pukul 11.00 malam dan semua pemain dari kedua dua team mengadakan sessi bergambar bersama. kedudukan akhir Cyberteam menang 6-2.

(gambar akan disertakan dalam sehari dua lagi).

syabas diucapkan kepada pasukan CYBERTEAM dan semua pemain yang menunjukkan kesungguhan dan semangat kesukanan yang tinggi.

Last Updated ( Tuesday, 24 March 2009 07:41 )  

Menu Ahli

Peti Banci

Dari mana anda mengetahui tentang kami?
 

Join Us


RSS Feed

feed-image Feed Entries


Visitors

Today: 116
Yesterday: 341
Last Week: 2216
This Month: 1571
Last Month: 6290
Total: 341536

Countries

62.7%United States United States
30%Malaysia Malaysia
1.9%Indonesia Indonesia
1.9%Australia Australia
1.2%Japan Japan


Users

Most active users today from total of 4:
edyz, clemenza, oged_kk, pudin