RISING STAR PERTAHANKAN KEJUARAAN
Akhirnya Team Biru berjaya mengatasi Red Devils dengan kedudukan 9-6.
Baki ketiga tiga perlawanan dimenangi oleh Rising Star.
Kuala Lumpur – 6hb February, Rising Star memulakan langkah cemerlang bagi tahun 2009 apabila mengekalkan kejuaraan mereka pada edisi pertama 2008. Kejayaan ini bererti Piala Cyberteam tetap berada ditangan mereka. Walaupun pada minggu lepas kedudukan kedua pasukan adalah 6-6 dengan baki 3 perlawanan, kedudukan tersebut nampaknya gagal dimanafaatkan oleh Red Devils apabila tewas kesemua perlawanan.
Pada kedudukan 6-6, kedua dua pihak meneruskan usaha memburu sekurangnya 2 kemenangan untuk dinobatkan sebagai juara.
Regu campuran yang diturunkan oleh Rising star iaitu Qayyum dan Farah, tidak menghadapi banyak saingan dari pemain baru Cash dan Aishah. Adalah jelas Qayyum menggunakan kelebihannya untuk mengutip mata dari pukulan smash apabila bola yang dihantar tinggi oleh cash & Aishah. Manakala bola net pula Farah berjaya beberapa membalas dengan agak baik. Walaupun Cash beberapa kali mengutip bola dari pukulan pakarnya iaitu dropshot yg sukar dibalas, namun mereka akhirnya terpaksa akur kepada kekalahan dengan strait set 13-21, 8-21.
Dengan kemenangan yang agak dijangka ini, kedudukan keseluruhan memihak kepada Rising Star 7-6. kemenangan ini adalah seperti yang dirancang dan diduga oleh team Biru.
Pada perlawanan seterusnya iaitu satu satunya regu lelaki yang tinggal antara Amir dan Kuman yang mewakili team Merah manakala Acap dan shac pula menjadi harapan Team Biru. Oleh kerana pihak Team Biru bimbang dengan perlawanan akhir regu campuran dimana kelihatan team merah boleh menang, maka kapten dan pengurus Team Biru telah berpesan kepada Acap & Shac agar mereka harus menang game ini atau mengalami kesukaran pada game terakhir.
Perlawanan dimulakan agak seimbang, dimana kedua dua pasukan saling kejar mengejar, menyedari bahawa team biru perlu memang pada game ini untuk menghidupkan peluang mereka, maka Amir & dan Kuman agak tertekan namun berjaya mendahului 8-5, 12- 7, tetapi Acap dan Shac berjaya menyerap tekanan dgn baik dan kesilapan dari pihak team Biru sehingga memberi mata demi mata pada team Biru. Acap dan Shac akhirnya buat kali pertama berjaya mendahului dgn kedudukan 14-13 dan seterusnya net dan placing dari acap dan shac telah menyebabkan mereka menang dengan kedudukan 21-13.
Pada set kedua pula, seperti set pertama, seolah olah pasukan Merah boleh memenanginya dengan mendahului 6-2, 8-4, tetapi kesilapan demi kesilapan oleh pihak Biru telah memberikan mata demi mata kepada lawan. Corak permainan yg dilakukan oleh acap dan shac iaitu menghantar bola kesudut kiri kanan baseline kemudian netdrop ternyata tidak mampu ditentang oleh Amir dan Kuman. Pada kedudukan 11-13, Kuman telah menukar corak permainan dengan bermain lebih agresif dan smash.. ini memberikan sedikit tekanan kepada pasukan Biru tetapi akhirnya Acap dan Shac berjaya menamatkan permainan dengan kemenangan strait set 21-13, 21-16.
Dengan kemenangan Acap dan Shac ini, maka secara sah team biru telah memenangi kejohanan ini. Dewan bergema dengan sorakan penyokong penyokong Biru. Baki satu lagi perlawanan nampaknya tidak memberi apa apa makna kepada pasukan Merah.
Dalam game terakhir sebagai penutup tirai kejohanan, pasukan Merah menurunkan regu campuran mereka Azmir dan Iyzee manakala Biru pula Aswad dan Fas. Seperti yang telah diduga, pasukan Merah ini akan memberikan tentangan adalah benar apabila mereka bertarung sehingga pada set ketiga sebagai penentuan. Set pertama dimenangi oleh Team Biru 21-19. kedudukan yg begitu rapat dengan kedua dua pasukan sering berbalas balas pukulan. Manakala set kedua pula, Pasukan Merah telah berjaya menyekat kemenangan Biru apabila berjaya menggunakan dropnet dan smash sehingga menang 21-17.
Setelah 2 set bermain dengan penuh semangat dan kejar mengejar, dengan factor kepenatan, akhirnya team merah telah kepada regu Aswad dan Fas dengan kekalahan 13-21.
Maka itu keputusana muktamad Rising Star menang 9-6 keatas Red Devils. Dengan itu juga Rising Star telah mempertahankan Piala yang mereka menangi pada 2008.
Dengan berakhirnya kejohanan Cyberteam internal group tornament. Pihak kelab akan mula menyusun beberapa siri kejohanan akan datang.
Walaupun menghadapi beberapa masalah dan tekanan sepanjang kejohanan ini, akhirnya ia dapat disempurnakan juga atas kerjasama semua pihak.Perhargaan kepada mereka yang telah berjaya menjayakan kejohanan ini :-
1. Penganjur yang meluluskan kejohanan ini.
2. Presiden Kelab - Krissmerah yang telah menyusun senarai pemain dan sistem kejohanan.
3. janggut - yang menunjukkan kesungguhan membantu sepanjang kejohanan.
4. Esca - memastikan kejohanan ini, dilengkapi dengan foto foto bermutu.
5. Comel - yang memberikan bantuan foto foto untuk diposting oleh janggut.
6. Misha - yang bertungkus rumus menguruskan pemain wanita.
7. Shamsul - yang bersungguh sungguh memberi bantuan, kerjasama dan idea idea bernas sepanjang kejohanan.
8. semua pemain pemain yg memberikan persembahan terbaik serta semangat kesukanan yang tinggi.
9. Semua hadiran yg datang sebagai penyokong.
10. Tidak ketinggalan juga sesiapa yg tidak disebut namanya disini kerana terlepas pandang.
Saya bagi pihak Kelab ingin meminta maaf dan sedar masih ada beberapa kelemahan yang dikesan sepanjang kejohanan ini dan berjanji akan memperbaikinya dari masa ke semasa. Dengan bantuan dan kerjasama ahli ahli yg ada, insyallah yang berat akan menjadi ringan. Saya juga meminta maaf sekira sepanjang tempoh kejohanan ini berlangung, telah tersilap kata atau menyinggung mana mana pihak. Matlamat utama kelab ini ialah memberikan yang terbaik kepada semua ahli ahli kelab yang jga pencinta pencinta sukan badminton.
sekian terima kasih.




