| Article Index |
|---|
| Pasukan Serdang bangkit menewaskan cyberteam 3-2 |
| Page 2 |
| All Pages |
Page 1 of 2
Kekalahan pasukan serdang 1-4 minggu lepas tidak melemahkan semangat pasukan serdang apabila berjaya menembus kekalahan dengan kemenangan mengalahkan Cyberteam 3-2 ditempat sendiri semalam.
Kuala Lumpur. 26hb May 2009 - Suasana riuh rendah dengan kehadiran penyokong kedua dua pihak dengan sorakan semalam didewan orang ramai Desa Serdang akhirnya ditentukan dengan keputusan game ke 5 setelah 2-2. Semangat juang dan strategic baru yang digunakan oleh Pasukan Serdang akhir berjaya muncul sebagai pemenang. Kehadiran Pasukan Cyberteam dengan kelebihan saikologi setelah menang di Desa Rejang tidak mampu menyekat keyakinan dan kesungguhan kem Serdang.
Kedua dua kem mengubah format gandingan pemain dan merombak pemain dengan adanya muka baru yang diturunkan. Perlawanan bermula tepat pukul 9.00 malam dimana pasukan Serdang menurunkan regu handalan mereka iaitu Masri dan Ayup untuk berdepan dengan cabaran Cyberteam yang menaruh harapan kepada regu Wan Njang dan Syukri. Dari awal pertarungan lagi kedua dua regu mempamerkan persaingan yang sengit dengan kedudukan sentiasa terikat rapat dari 1-1, hinggalah 16-16 dan 19-19. Walaupun kedua regu Cyberteam adalah gandingan lama, tetapi sekurangnya 3 mata yang dilepaskan adalah dari kesilapan salah faham dimana bola dibiarkan jatuh kelantai. Manakala pemain Serdang iaitu Ayup pula begitu kemas mengawal didepan jaring. Dalam 5 pertarungan dijaring , 4 telah dimenangi oleh Serdang. Kesilapan membuat return terutama dari syukri juga agak ketara apabila pihak Serdang semakin meningkatkan kelajuan shuttle dengan smash dan drive ke baseline yg beberapa memerangkap regu Cyberteam. Pengalaman luas regu Serdang terutama ayub berjaya mengawal gelanggang dengan agak kemas namun kelincahan Wan Njang dengan beberapa siri smash berjaya mencuri mata demi mata. Pada kedudukan terikat 19-19, Cyberteam melakukan dua kesilapan dan sekaligus memberikan kemenangan set pertama kepada Serdang dengan kedudukan 19-21.



