18 May 2009 – Kuala Lumpur. Dewan Badminton Desa Rejang Setapak Jaya telah dihadiri oleh kira kira 60 orang menyaksikan perlawanan persahabatan antara Cyberteam dan Serdang dalam acara regu badminton lelaki yang berkesudahan kemenangan berpihak kepada Cyberteam Club dengan kedudukan 4-1.
Dalam game pertama, kem Cyberteam menurunkan pemain baru gandingan Misnadie dan pitt manakala kem Serdang pula menurunkan Rizal dan Zul. Set pertama menyaksikan kedua dua pihak saling kejar mengejar mata dari 3-3 sehingga ke mata 13-14. Misnadie yang lebih bertindak sebagai “killer” banyak menggunakan smash kencang untuk mengalahkan lawan dan misnadie pula lebih kemas menguasai net dengan menghantar netdrop ternyata memberi masalah kepada pertahanan lawan. Pemain Serdang iaitu Rizal juga mempamerkan semnagat juang yang tinggi dengan membalas hantaran baseline dengan smash kencang. Akhirnya keputusan game pertama dimenangi oleh Regu Pitt dan Misnadie dengan kedudukan 21-17.
Set kedua pulamemperlihatkan pasukan Serdang cuba meningkatkan serangan namun kawalan gelanggang yang semakin longgar menyebabkan regu ini ketinggalan 6-13, 10-16. Akhirnya pasukan Cyberteam berjaya menewaskan regu pertama dari Serdang dengan 21-14.
Dengan kemenangan sulung ini, ia memberi semangat dan suntikan kepada regu Cyberteam seterusnya. Pada Game kedua Pasukan Serdang menurunkan regu Alias dan Masri, manakala Cyberteam mempertaruhkan nasib dengan Wan Njang dan Syukri. Perlawanan set pertama juga menyaksikan kedua dua pihak saling mengejar rapat dengan kedudukan 5-5, 13-14. Perlawanan yang seimbang dengan kedua dua pihak saling menyerang terutamanya smash kebadan lawan serta kawalan net yang kemas. Syukri lebih bertindak sebagai pemain hadapan manakala Wan Njang pula bertindak dari belakang sebagai killer, namun strategic yang sama juga digunakan oleh regu Serdang dengan masri bertindak sebagai “killer”. Pertahanan yang begitu kukuh terutamanya syukri yang menyerap setiap asakan demi asakan harus dipuji manakala Wan Njang pula berjaya mencuri mata dengan mencari kawasan kosong dengan pukulan smash kencang. Kedua dua regu tidak mahu mengalah sehingga kedudukan menjadi begitu tegang dimana masing masing terikat dengan 19-19. Akhirnya Kem Cyberteam menarik nafas lega apabila Wan Njang dan Syukri menamatkan perlawanan dengan 21-19.
Seperti Game pertama , dalam set kedua juga pasukan Serdang seperti hilang arah apabila Masri dan Alias ternyata tidak mampu menghalang kemaraan regu Cyberteam ini dengan melakukan beberapa kesilapan terutama di net. Manakala Wan Njang dan Syukri pula semakin meningkatkan focus dan serangan serta jarang melakukan kesilapan. Percubaan smash kencang dari pemain Serdang iaitu Alias yang bertali arus kearah kedua dua pemain Cyberteam nampaknya berjaya dibalas dengan baik. Akhirnya kedua regu Cyberteam ini menyumbangkan mata kemenangan apabila menamatkan set kedua dengan kedudukan 21-14.
Dengan kemenangan 2-0, Pasukan Cyberteam berada dalam kedudukan yang selesa manakala pasukan Serdang perlu menang game ketiga untuk menghidupkan peluang mereka meneruskan perjuangan. Pada Game 3, Cyberteam meletakan harapan kepada regu baru yang pertama kali digandingkan iaitu Pemain Zainuddin dan Rao menentang Fahmi dan Zambri dari Serdang.
Tidak seperti game pertama dan kedua, regu Cyberteam ketiga ini lebih banyak menggunakan strategik rally dan placing yang mengelirukan. Cuma Zainuddin yang ada menggunakan smashing dalam beberapa peluang yang diwujudkan. Manakala regu fahmi dan zambri pula ternyatakan gagal menutup ruang kosong walaupun Fahmi telah bermain dengan baik apabila berjaya mengutip bola melalui smash kencangnya. Namun zambrin didapati kurang berkesan dihadapan net. Walaupun kali pertama diturunkan Zainuddin dan Rao berjaya mempamerkan persefahaman yang kawalan gelanggang yang baik. Set pertama dimenangi oleh Cyberteam dengan kedudukan 21-7.
Dalam set kedua pula, Cyberteam mendahului dengan selesa 14-5 dan ini menyukarkan lagi harapan Serdang untuk menyekat kemaraan Cyberteam. Dengan memperbagaikan pukulan ke setiap inci gelanggang dari zainuddin dan Rao, ternyatakan Fahmi terpaksa bekerja keras menutup setiap ruang, namun kelemahan agak ketara pada zambrin yang tidak dapat membantu Fahmi dengan terutama bahagian kiri dan kanan gelanggang. Akhirnya Cyberteam menamatkan permainan dengan kemenangan 21-7.
Suasana menjadi meriah dengan tepukan dan sorakan sebaik saja regu ketiga Cyberteam memenangi game ketiga menandakan kemenangan sudah berada ditangan.
Dengan kemenangan 3-0, maka berakhirlah perjuangan kem Serdang, namun atas semangat kesukanan, baki perlawanan diteruskan dengan Pasukan Cyberteam menurunkan pemain lama tetapi kali pertama digandingkan iaitu presiden Cyberteam, Krissmerah dan Qayyum menentang Hairi dan Fazli yang mewakili Kem Serdang. Dengan gandingan Kriss dan Qayyum ini, adalah dapat diagak corak permainan yang agresif yg bakal dipamerkan namun sebaliknya yang terjadi, Cuma ada beberapa pukulan smash yang dilakukan oleh Kriss dan Qayyum, dimana mereka lebih banyak bermain rally dan net. Dipihak Serdang pula, Hairi dan Fazli beberapa kali berjaya mencuri mata dengan smash dan placing yang gagal dibalas oleh regu Cyberteam. Sehingga mata pada kedudukan 12-9, regu Cyberteam mula menampakkan sedikit peningkatan dengan menjarakkan mata ke 18-14. Akhirnya set pertama dimenangi Cyberteam dengan kedudukan 21-15.
Dalam set kedua, Cyberteam mula melajukan tempo perlawanan dengan kriss banyak melakukan smash kencang untuk mengutip mata serta beberapa kali membuat pukulan drop shot untuk mengelirukan lawan. Pasukan regu Serdang ini cuba mengubah corak dengan lebih banyak bermain di net juga nampaknya dapat dikawal agak kemas oleh qayyum. Dan keputusan muktamad Cyberteam menang set kedua dengan kedudukan yang sama 21-15.
Regu terakhir yang diturunkan leh Cyberteam iaitu pemain lama Shamsul digandingkan dengan Pemain baru Abg Mat. Manakala kem Serdang melengkapkan pasukan mereka dengan menaruh harapan pada Rizal dan Nasir. Pertembungan kedua dua regu ini merupakan satu satunya game yg terpaksa ditentukan dengan 3 sets apabila kedua dua pihak sering kejar mengejar rapat. Dua dua pihak sering menyerang dan bermain dengan bermatian matian. Ternyatakan Rizal dari kem Serdang banyak mengutip mata melalui pukulan smash demi smash yang kencang, manakala regunya Nasir pula berjaya menjadi “feeder” apabila setiap bola dihantar kepadanya akan dibalas ke net supaya pihak regu shamsul dan Abg Mat akan menaikkan bola dan sekaligus Rizal bersedia melancarkan smash demi smash. Walaupun begitu, pertahanan dan counter attack dari Shamsul dan Abg Mat sering juga menghampakan regu Serdang. Banyak mata yg dikumpul dari pasukan Cyberteam ini adalah dari placing ke bahagian net. Set pertama dimenangi dengan tipis oleh regu Cyberteam 22-20.
Pada set kedua, regu Serdang bermain dengan lebih agresif dan beberapa kesilapan dari regu Cyberteam telah memberikan kemenangan mudah 12-21. Set penentuan pula kedua dua pihak enggan mengaku kalah dengan aksi aksi yang cemas dimana kedudukan sering terikat rapat pada 4-3, 12-12, dan buat kali pertama regu Serdang menjarakkan mata pada 16-13 dan 18-14. Namun semangat berlawan yang ditunjukkan oleh Shamsul dan Abg Mat harus dipuji apabila berjaya mneyerap tekanan dan bermain baik untuk menyekat lawan pada kedudukan 19-19. Akhirnya dua kesilapan berturut turut dari regu Cyberteam ini akhir terpaksa akur dengan kekebalan pertahanan regu Serdang dan keputusannya 21-19 berpihak kepada regu Rizal dan Nasir.
Dengan kedudukan 4-1, Cyberteam yang menurunkan hamper 70% muka baru telah memenangi perlawanan persahabatan dengan Serdang. Apa yang penting ialah kedua dua pasukan telah menunjukkan kerjasama yang baik dan semangat kesukanan yang tinggi.
Faktor gelanggang dan tempat lawan mungkin menjadi satu punca kekalahan Pasukan Serdang, kerana jika dilihat dari perlawanan kedua pihak, ia agak seimbang dan memberi tentangan yang berterusan. Walau bagaimana pun perlawanan ulangan ditempat lawan iaitu di Serdang mungkin akan mengubah keputusan disini.
Kesimpulan :
1. regu pertama – Pitt & Misnadie lwn Rizal & Zul – Menang 21-17, 21-17.
2. Regu Kedua – Wan Njang & Syukri lwn Alias & Masri – Menang 21-19, 21-14.
3. Regu Ketiga – Zainuddin & Rao lwn Fahmi & Zambrin – Menang 21-7, 21-7.
4. Regu Keempat – Kriss & Qayyum lwn Hairi & Fazli – Menang 21-15, 21-15.
5. Regu Kelima – Shamsul & Abg Mat lwn RIzal & Nasir – Kalah 22-20, 12-21, 19-21.
PENGHARGAAN
Cyberteam club mengucapkan terima kasih dan pernghargaan kepada :
1. Fahmi yang berjaya menguruskan pasukan Serdang dan memberi kerjasama yang baik.
2. Krissmerah yang mengaturkan senarai pasukan dan menyediakan shuttle terlebih dulu.
3. Esca – yang bersusah payah menjadi jurufoto, menyediakan cup cake dan memberi sokongan kepada pasukan.
4. Misha – yang menguruskan operasi dan logistik.
5. koko – yang sanggup datang sebagai penyokong dan menjadi linemans walaupun tidak disenaraikan dalam skuad. ( contoh yang amat dipuji).
6. Semua pemain pemain yang menunjukkan semangat tinggi.
7. Semua pemain pemain Serdang yang baik, peramah dan memberi kerjasama penuh.
8. Saudara shake_ut dari utama tangkis yang sudi hadir menyaksikan perlawanan ini.
9. Semua ahli ahli Cyberteam yang hadir memakai pakaian warna kuning. ( kerjasama ini amat dihargai kelab).
10. Lain lain yang terlibat dalam menjayakan perlawanan ini yg tidak sempat ditulis disini.
SPONSOR
Terima Kasih dan penghargaan kepada :-
1. Abang Mat yang bermurah hati sponsor Cup cake dan mineral water.
2. Rising Spirit sports management yang menaja makanan jelly.



