You are here:

cyberteamclub.com

JA slide show

Cyberteam Tewas Tipis (Perlawanan Ulangan Dengan Kelana Jaya)

E-mail Print PDF

 Cyberteam tewas tipis.

Pasukan Cyberteam hampir memenangi perlawanan ulangan ditempat sendiri tetapi factor displin pemain yang tidak hadir tanpa notis menjadi punca utama kekalahan tipis kepada pasukan pelawat 2-3. Dua kemenangan strait set dan kekalahan 3 games yang lain setelah berjuang 3 sets masing masing.

Kuala Lumpur 11 march 2009 – Dewan MPAJ keramat Au2 menyaksikan Pasukan Cyberteam ternyata tidak mampu menandingan pasukan Kelana Jaya apabila tewas buat kali kedua ditempat sendiri dengan kekalahan tipis 2-3. Walau bagaimanapun ucapan tahniah harus diberikan kepada kem cyberteam kerana telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dan bermain bermatian matian walaupun akhirnya terpaksa akur dengan kekebalan pasukan pelawat. Semua kekalahan adalah diputuskan dari set ketiga. Ketidak hadiran timbalan presiden tanpa notis disaat saat akhir telah mengubah landscape perancangan dan strategik pasukan cyberteam. Ternyata dalam jiwa setiap pemain semangat berpasukan adalah sangat penting dan ini akan menjadi pengajaran kepada kelab cyberteam.

 

 

 

Games pertama menyaksikan Cyberteam menurunkan pemain gandingan baru iaitu Adi dan Qayyum yang berdepan dengan pemain Kelana Jaya Husni dan Erul. Pasukan Cyberteam bermain dengan cemerlang pada set pertama apabila Qayyum melakukan smash kencang untuk mengutip mata, manakala Adi pula bertindak menyerang didepan jaring. Dari awal permainan cyberteam sentiasa mendahului kiraan mata sehingga menang agak mudah dengan kedudukan 21-14.

Pada set kedua pasukan Kelana Jaya ternyata menpunyai pengalaman bermain ditempat lawan apabila pantas menyesuaikan diri dengan keadaan dewan dan mula menunjukkan keserasian dan pukulan semakin menyakinkan apabila mendahului 13-8. Kesilapan demi kesilapan yang mana bola sering terkuar samada ke kiri atau kanan gelanggang telah memberikan mata mudah kepada pihak lawan sehingga menang mudah 21-12.

Set penentuan iaitu set ketiga menyaksikan qayyum semakin meningkatkan tempo menyerang dengan melakukan smash demi smash untuk menyekat kemaraan pihak lawan. Tetapi pertahanan yang kuat dari pihak lawan berjaya mematahkan serangan Cyberteam. Adi kelihatan hilang focus dan melakukan beberapa kesilapan yang sekaligus menberikan tekanan. Kekurangan pengalaman dari adi dan Qayyum yang melayan rentak pihak lawan akhirnya memberi padah setelah tewas 15-21.

Games kedua pula pasukan kelab Cyberteam mempertaruhkan nasib dengan mewakilkan presiden kelab iaitu Krissmerah bergandingan dengan pemain baru Miragitsu menentang Imran dan Said dari kem kelana Jaya. Seperti set pertama dalam games pertama, sekali lagi pasukan Cyberteam menang mudah 21-9. Krissmerah seperti di Kelana Jaya sekali lagi mempamirkan prestasi tinggi dengan smash kencang yg tidak dapat dikembalikan oleh lawan, manakala Miragitsu bermain secara agresif dengan menghantar bola ke setiap sudut gelanggang dan sesekali melakukan terkaman kearah badan lawan. Strategik ini begitu berkesan sehingga memang mudah.

Set kedua menyaksikan kebangkitan pihak lawan apabila mereka mengikat rapat kedudukan mata diawal permainan tetapi kecermerlangan Krissmerah dan Miragitsu nampaknya sukar dijawap dan pada kedudukan 14-10, Pasukan Cyberteam terus mengekalkan momentum menyerang tanpa memberi peluang kepada pihak Kelana Jaya mencari ruang kosong dan terus mengutip mata. Pemain kelana jaya berjaya mencuri beberapa mata sehingga ke mata 16 apabila regu cyberteam ini menamatkan kemenangan bergaya 21-16.

Dengan kedudukan 1-1, suasana dewan semakin gamat dengan kebanyakkan penyokong cyberteam semakin ceria. Pada game ketiga, Cyberteam sekali lagi mewakilkan pemain gandingan lama janggut dan Zikri sebagai “anchor” untuk menyekat pihak lawan yang menurunkan pemain yang boleh dikatakan terkuat mereka iaitu Inshraf dan Uda. Set pertama menyaksikan kedua dua pihak saling berbalas balas serangan sehingga kedudukan menjadi rapat ke angka 17-18. tetapi pengalaman pemain kelana Jaya begitu ketara dengan hantaran hantaran mengelirukan dan menang tipis 21-19.

Pada set kedua, pasangan Janggut dan Zikri terus meningkatkan penguasaan dengan bermain bermatian matian. Smash kencang yang dilepaskan oleh Zikri berjaya mengutip mata berharga dan begitu juga Janggut yang mengawal gelanggang dengan kemas sehingga berjaya memenangi set kedua dengan pebuh debaran iaitu 25-23, walaupun dua kali mata akhir ditangan Cyberteam dapat dipatahkan lawan.

Kedudukan seri 1-1 akan ditentukan oleh set penentuan iaitu set ketiga. Faktor kekuatan mental menjadi asas dalam regu pasukan ini apabila serangan demi serangan dapat dipatahkan oleh pihak lawan sekaligus kesilapan dari regu cyberteam menyebabkan permaianan seimbang sehingga ke mata 10 bagi pasukan cyberteam. Janggut yang telah perbaiki hantaran net sebelum ini, ternyata beberapa kali menghantar bola lemah yang tanggung dan ini telah digunakan sebaiknya oleh pihak lawan. Akhirnya pihak lawan tidak hadapi banyak masalah menundukkan wira cyberteam dengan keputusan 21-13.

Dengan kedudukan 2-1, game keempat adalah sangat penting bagi Cyberteam untuk menghidupkan peluang. Ketidak hadiran timbalan presiden Cyberteam telah menjadikan keadaan kelam kabut dan serba salah, tidak ada pemain simpanan dan tidak ada seorang pun yang bersedia dari segi mental untuk diturunkan, akhirnya tanpa persediaan pengurus pasukan iaitu rising spirit terpaksa diwakilkan untuk mengantikan tempat timbalan presiden dan bergandingan dengan Aswad yang agak hampa dengan keadaan ini.

Set pertama regu Rising spirit dan aswad telah bermain bermatian matian walaupun tidak pernah digandingkan dan masih mencari keserasian, dengan kedudukan kedua pihak mengikat rapat kiraan mata, dengan dropshot dan smash dari kedua regu ini berjaya menewaskan pihak lawan iaitu Fotat dan Agip dengan keputusan 21-19. Kemenangan tipis ini tidak berulang pada set kedua apabila Rising Spirit yang kelihatan keletihan mengagahkan diri juga bermain tetapi akhirnya terpaksa menyerahkan kemenangan pada lawan dengan kedudukan 13-21.

Set ketiga pula berlangsung dengan seimbang apabila regu Cyberteam mengikut rapat kedudukan mata sehingga ke angka 13-14. kesilapan jaring dari Aswad dan smash yg tidak menjadi dari rising spirit telah memberikan mata demi mata kepada lawan. Sehingga rising spirit yg keletihan terpaksa beberapa kali minta izin untuk keluar gelanggang. Kehilangan focus dan masih mencari rentak untuk bermain akhirnya tidak kesampaian setelah tewas dengan keputusan 17-21.

Maka dengan kekalahan game ke empat ini berakhirlah cabaran Cyberteam sekali lagi. Game kelima pula setakat mencukupkan syarat pertandingan apabila Cyberteam menurunkan gandingan baru Shamsul dan Kuman menentang Azman dan Syafiq. Kedua dua regu Cyberteam bertindak cemerlang dengan menguasai permaianan yang menyakinkan. Shamsul ternyata tidak hadapi banyak masalah dengan pukulan pukulan yang sukar dibalas oleh lawan, manakala kuman pula bijak mengambil kesempatan dengan drop dan smash untuk mematikan pergerakan lawan. Set pertama dimenangi mudah dengan 21-16. Set kedua pula pihak lawan masih gagal untuk mencari formula terbaik menyekat pasukan cyberteam dimana dalam keadaan terdesak, pihak lawan sering melakukan smash yang terkandas dijaring ataupun di lantai sendiri. Permaianan yang sentiasa tidak menjadi dari lawan memberikan peluang kepada regu Cyberteam meneruskan penguasainya dan menang set kedua dengan kedudukan yang sama 21-16.

Dengan keputusan tewas 2-3 kepada Kelana Jaya, membuktikan pasukan pelawat adalah lebih baik dan berpengalaman dari pasukan Cyberteam. Selepas perlawanan ini, pihak Cyberteam harus menilai semula kedudukan mereka, program latihan mereka dan setiap pemain harus merenung dimanakah kelemahan yang harus diperbaiki sebelum menentang pasukan luar pada masa depan. Sudah tentu, pengajaran yang paling penting dari pengalaman ini ialah betapa setiap pemain haruslah memikirkan perasaan pemain lain dan juga sikap hidup secara berpasukan atau “teamwork”. Komitment setiap pemain adalah penting dan jika ada sikap pentingkan diri sendiri ia akan menghancurkan moral dan semangat keseluruhan pemain yang begitu setia dan berjuang bermati matian. Ia juga menyebabkan strategik dan perancangan tidak menjadi kenyataan.

Tahniah dan syabas kepada Kuman kerana sanggup datang walaupun dari Perak dan menerima berita anaknya sakit campak, demi semangat berpasukan beliau tetap menghadirkan diri dan bersedia diketepikan sekiranya pengurus ada calon lain. Begitu juga kepada Miragitsu yang bergegas datang walaupun anak cedera dijari tersepit dipintu semasa disekolah sehingga tercabut kuku jarinya. Semangat berpasukan dan komitment yang kedua dua pemain ini tunjukkan haruslah dijadi tauladan kepada semua pemain pemain cyberteam.

Saya selaku pengurus pasukan meminta maaf kepada semua ahli ahli cyberteam diatas kekalahan saya pada game ke 4. saya juga bagi pihak semua pemain memohon maaf kepada semua penyokong kelab diatas kekalahan ini.

Selepas ini kita harus memikirkan langkah langkah seterusnya untuk memperbaiki kelemahan pasukan kita. Semoga dengan penganjurkan pertandingan ini, semua pemain yang juga ahli kelab Cyberteam dapat menimba pengalaman berguna untuk dijadikan azimat pada pertandingan akan datang.

Walupun kita tewas tetapi objektif penganjuran kelab ini telah tercapai iaitu :-

1. Mendedahkan ahli ahli dengan pengalaman ketika pertandingan.

2. mendedahkan ahli ahli kepada corak permainan yang perbagaian.

3. Menilai kekuatan dan kelemahan diri dalam badminton.

4. Menceriakan badminton dengan pertandingan pertandingan yang akan dibuat dari masa kesemasa.


Bagi ahli ahli yang tidak terpilih, janganlah berputus asa, kerana disini anda harus berlatih dan bermain bersungguh sungguh untuk dicalonkan dalam kesepuluh pemain yang akan dipilih kelab kelak.

terima kasih dan pernhargaan kepada :

1. Presiden yang menguruskan pemain pemain dan memastikan kehadiran mereka.

2. Janggut yang menguruskan pasukan Kelana jaya , menyediakan borang kiraan mata dan memberi kerjasama sepanjang kejohanan ini.

3. Semua pemain pemain yang bermain bersungguh sungguh.

4. Esca dan comel yang menjadi jurufoto dengan menghasilkan gambar gambar menarik.

5. Misha yang menguruskan gelanggang, menyediakan bahan bahan makanan dan minuman meluluskan budget makanan dan minuman dari kelab.

6. Aishah yang menyediakan sandwich untuk semua.

7. Penyokong penyokong setia seperti penhitam yang tidak pernah putus putus datang memberi sokongan samada ditempat lawan dan sendiri.

8. Rising Spirit sport managemant yang menaja makanan dan minuman.

 

Last Updated ( Tuesday, 24 March 2009 07:36 )  

Menu Ahli

Peti Banci

Dari mana anda mengetahui tentang kami?
 

Join Us


RSS Feed

feed-image Feed Entries


Visitors

Today: 116
Yesterday: 341
Last Week: 2216
This Month: 1571
Last Month: 6290
Total: 341536

Countries

62.7%United States United States
30%Malaysia Malaysia
1.9%Indonesia Indonesia
1.9%Australia Australia
1.2%Japan Japan


Users

Most active users today from total of 4:
edyz, clemenza, oged_kk, pudin