KOMEN PENGURUS KELAB CYBERTEAM
Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan Kelana Jaya diatas usaha mereka sebagai tuan rumah sehingga perlawanan ini dapat dijalankan dengan jayanya. Saya mengucapkan syabas dan tahniah diatas kejayaan mereka menewaskan Cyberteam dengan amat cemerlang iaitu 5-0.
Terima kasih juga diatas layanan mereka yang mesra dan menyediakan makanan serta minuman. layanan ini amat dihargai.
Seterusnya saya mengucapkan terima kasih kepada presiden dan juga janggut yang telah menganjurkan tournament ini dengan jayanya, walaupun ada sedikit masalah shuttle di saat akhir, namun presiden kita telah menunjukkan komitment tinggi dengan mendahulukan duitnya sendiri untuk membeli shuttle. keprihatinan presiden amat disanjung tinggi.
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pemain Cyberteam yg telah bertungkus lumus bermain dengan sebaik mungkin. walaupun tewas, namun kita jangan berputus asa. yang penting kita haruslah belajar dari kesilapan. kekalahan ini adalah guru yang paling baik untuk kita mempelajari badminton.
Kita harus akur bahawa kita masih belum cukup bagus dalam badminton, kekalahan 5-0 adalah bukti yang tidak dapat sesiapa pun nafikan. yang penting kita mesti menilai dan berubah cara permainan kita, perbaiki pukulan kita, perbaiki footwork kita, sudah sampai masanya kita lepaskan ego kita dan bersedia menerima kritikan demi memajukan diri, walaupun kritikan adalah pahit untuk ditelan, kita mesti menerimanya dengan hati yang terbuka. sudah sampai masanya kita bersatu padu, berkerja sebagai satu pasukan dan bukan lagi "kau kau, aku aku. Bersedia untuk berubah regu untuk diuji, dan bukannya hanya nakkan regu yg kuat agar kita menang, tak ada gunakan hanya satu regu yg menang tetapi yang lain tewas, kita mesti sanggup kalah asalkan bendera Cyberteam diangkat sebagai pemenang.
seterusnya saya ucapkan terima kasih kepada esca dan comel yang mengorbankan masa untuk hadir menberi sokongan serta menjadi jurukamera. gambar gambar yang akan dipaparkan akan menjadi sejarah kelab diatas sumbangan kedua dua mereka. terima kasih juga kepada esca yang menyumbangkan 2 botol 100 plus besar. walaupun kecil nilainya tetapi keprihatinan ini merupakan nilai yg amat besar bagi pengurusan kelab. Terima kasih kepada misha yang sentiasa risau dan memberikan kerjasama tanpa memikirkan kepentingan diri sejak awal penganjuran dijalankan.
terima kasih kepada pemain simpanan iaitu saiful dan nabil yang sanggup dtg semata mata sebagai simpanan walaupun sedar pelaung beraksi adalah tipis. namun kehadiran mereka menunjukkan sikap tidak pentingkan diri, dan menunjukkan betapa mereka mengharapkan kemenangan team ini.
terima kasih kepada penhitam dan nurul serta lain lain yg tidaks empat dicatitkan disini kerana datang memberi sokongan kepada pasukan. kehadiran kalian amat dihargai.
Insyallah, saya akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat untuk post mortem kekalahan kita dan mencari formula untuk memperbaikinya. harpaan saya ahli ahli dapat hadir memberikan idea dan pendapat.
minggu depan kita masih ada perlawanan ulangan dan kita menjadi tuan rumah, kita mesti segera memulihkan semangat yang hilang dan membuka lembaran baru. kalau pun kita akan tewas, tetapi biarlah ada peningkatan dari segi jumlah kemenangan. namun saya secara peribadi percaya dan yakin semua pemain yang ada jika bermain ikut strategik dan semangat melawan ketitisan terakhir, kita mampu menang 3-2. Insyallah.



