You are here:

cyberteamclub.com

JA slide show

Welcome to Cyberteam Badminton Club

Kami mengucapkan selamat datang ke laman web rasmi dan forum Cyberteam Badminton Club. Laman web ini dibina untuk pencinta-pencinta badminton seluruh negara supaya dapat berkongsi dan bertukar pendapat mengenai keunikan sukan badminton secara online.

Matlamat utama laman web ini adalah untuk menggalakkan orang ramai menyertai pertandingan badminton yang dianjurkan oleh Cyberteam disamping melakukan kerja-kerja amal jariah melalui sukan ini.

Bagi memudahkan anda menyertai perbincangan di forum, anda perlu mendaftar terlebih dahulu dan melalui proses pendaftaran. Setelah mengisi butir-butir semasa pendaftaran, email pengesahan akan dihantar ke alamat email yang didaftarkan. sila klik pada link yang diberikan bagi mengaktifkan akaun anda. Sila semak Spam Folder sekiranya email pengesahan tiada didalam Inbox.

Majulah Sukan Untuk Negara.....

Forum Latest Post

edyz offline
Re: YONEX VOLTRIC
Wan Njang wrote: cantek siot kaler voltric 70 [IMG]http://a.imageshack.us/img137/5927/vol...
5.9.2010 12:40
babyboy offline
Re: CEPAT TEMPAH
rayz_nine wrote: raket yg ori ke yg fake..kalu betul2 ori nk gak sia sambar 1 batang.. m...
1.9.2010 9:02
babyboy offline
saiz grip raket anda?!
One of the most important pieces of information you should know when purchasing a tennis racket ...
3.9.2010 10:57
najmu offline
Re: nak beli raket
rayz_nine wrote: AT 600 nk beli x??.. nak tolak brape?
1.9.2010 1:48
shahkiz offline
Re: Victor Brave Sword 9 for sale!
klau ade rezeki lpas raya mau bli..agak2 brape boleh pegi hrge??
1.9.2010 15:01
faris azmi offline
Re: tali yang sama taraf yonex bg66 selain yonex
dengar cite li ning keluarkan tali li ning ap62 untuk lawan bg 66 ni..lebih halus dn lagi tahan ...
25.8.2010 16:28
Shake_UT offline
Re:PROMOSI KEDAI AH LEE, KUCHAI LAMA
0ffer:- 1) Tali badminton VICTOR 0.66mm-0.70mm-rm18.00 free:1 biji grip victor(tiada upah) 2) ...
1.9.2010 12:21
Wan Njang offline
Re: Yonex ArcSaber 8DX 3UG5 Untuk Dijual
Buat mase ni raket dah direserved. ade buyer nak amk lepas raye...
25.8.2010 12:43
babyboy offline
Re: MU & AC MILAN ingin hancurkan ISLAM!!!
nasib baik la aku kureng sikit minat bola sepak ni.. minat kat badminton n takraw jer.. thank fo...
1.9.2010 9:03
shahkiz offline
Re: 4 Sale:Armotec 600
bro agak2 boleh nego bpe reket nih??kalau cod boleh??
20.8.2010 21:20
More...

cyberteamclub.com

Mar03

Cyberteam Tewas Di kelana Jaya

E-mail Print PDF

  CYBERTEAM TEWAS SEMUA GAMES – 5-0.


Keseluruhan 5 regu harapan Cyberteam kecundang dengan 3 strait sets dan 2 games ke set penentuan. Satu rekod kekalahan paling teruk dalam sejarah penubuhan Cyberteam. Walaupun kem Cyberteam membawa penyokong untuk menaikan semangat, ternyata tidak memberi kelebihan.



Petaling Jaya – 3 March 2009. Mimpi ngeri bagi pasukan Cyberteam apabila kesemua pemain yang dipertaruhkan tewas kepada pasukan Kelana Jaya yang ternyata lebih cemerlang. Pemain Cyberteam seperti kehilangan focus dan arah dengan melakukan banyak kesilapan di jaring dan bola keluar garisan. Tahap kecergasan juga ternyata memihak kepada pasukan Kelana Jaya. Strategik menyerang, bermain bola rendah dan jangan melayan rentak pihak lawan yang di usulkan oleh pengurus Kelab juga nampaknya tidak dihiraukan, malah pemain bermain dengan rentak yang sama walaupun tidak mendatangkan hasil. Cuma pujian harus diberikan kepada Presiden kelab dan qayyum yang menunjukan pemainan yang agak menyakinkan.

 

 
Mar03

Komen Pengurus Kelab Cyberteam

E-mail Print PDF

 KOMEN PENGURUS KELAB CYBERTEAM


Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan Kelana Jaya diatas usaha mereka sebagai tuan rumah sehingga perlawanan ini dapat dijalankan dengan jayanya. Saya mengucapkan syabas dan tahniah diatas kejayaan mereka menewaskan Cyberteam dengan amat cemerlang iaitu 5-0.

Terima kasih juga diatas layanan mereka yang mesra dan menyediakan makanan serta minuman. layanan ini amat dihargai.

Seterusnya saya mengucapkan terima kasih kepada presiden dan juga janggut yang telah menganjurkan tournament ini dengan jayanya, walaupun ada sedikit masalah shuttle di saat akhir, namun presiden kita telah menunjukkan komitment tinggi dengan mendahulukan duitnya sendiri untuk membeli shuttle. keprihatinan presiden amat disanjung tinggi.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pemain Cyberteam yg telah bertungkus lumus bermain dengan sebaik mungkin. walaupun tewas, namun kita jangan berputus asa. yang penting kita haruslah belajar dari kesilapan. kekalahan ini adalah guru yang paling baik untuk kita mempelajari badminton.

 

 
Feb28

Cyberteam vs Prasarana (NAVY)

E-mail Print PDF

 
Cyberteam melakukan kejutan dan upset.


Kuala Lumpur. 19 Nov,2008. Pasukan Cyberteam yang diterajui oleh Presiden baru Krismerah,akhirnya berjaya mengalahkan pasukan Prasarana (NAVY) dengan keputusan cemerlang 6-2 dengan kedua dua pasukan mendapat sorakan dan sokongan dari peminat masing masing yang mengamatkan dewan pada malam tersebut yang dihadiri oleh kira kira 50 orang.

Walaupun turun sebagai underdog dengan harapan memberi tentangan terbaik tetapi pemain Cyberteam telah menunjukkan semangat lawan yang jitu dan memenangi semua 5 perlawanan regu lelaki secara "strait set ", dan regu wanita menang 1 dengan tiga set yg penuh debaran.

Perlawanan dimulakan pada pukul 8.20 pm dengan Cyberteam menurunkan regu pertama sufian & Shamsi menentang Prasarana (NAVY) yang langsung tidak menghadapi banyak masalah menewaskan pasangan TLDM dengan keputusan 21-10, 21-11. Manakala regu kedua yang diturunkan iaitu Din & Fazli mencatat kemenangan mudah dalam masa 18 minit dengan keputusan 21-9, 21-4.

Dengan 2 kemenangan itu Cyberteam telah berada pada kedudukan selesa dan regu ketiga timbalan presiden cyberteam iaitu Yus dan Kazhar terus mempamirkan gandingan yang cermerlang mengalahkan
pasangan Prasarana (NAVY) 21-10, 21-10 menjadikan kedudukan bertambah selesa 3-0.

 

 
Page 2 of 4

Menu Ahli

Peti Banci

Dari mana anda mengetahui tentang kami?
 

Join Us


RSS Feed

feed-image Feed Entries


Visitors

Today: 108
Yesterday: 341
Last Week: 2208
This Month: 1563
Last Month: 6290
Total: 341528

Countries

62.7%United States United States
30.1%Malaysia Malaysia
1.9%Indonesia Indonesia
1.9%Australia Australia
1.2%Japan Japan


Users

Most active users today from total of 4:
edyz, clemenza, oged_kk, pudin