May27
Pasukan Serdang bangkit menewaskan cyberteam 3-2
Kekalahan pasukan serdang 1-4 minggu lepas tidak melemahkan semangat pasukan serdang apabila berjaya menembus kekalahan dengan kemenangan mengalahkan Cyberteam 3-2 ditempat sendiri semalam.
Kuala Lumpur. 26hb May 2009 - Suasana riuh rendah dengan kehadiran penyokong kedua dua pihak dengan sorakan semalam didewan orang ramai Desa Serdang akhirnya ditentukan dengan keputusan game ke 5 setelah 2-2. Semangat juang dan strategic baru yang digunakan oleh Pasukan Serdang akhir berjaya muncul sebagai pemenang. Kehadiran Pasukan Cyberteam dengan kelebihan saikologi setelah menang di Desa Rejang tidak mampu menyekat keyakinan dan kesungguhan kem Serdang.
Kedua dua kem mengubah format gandingan pemain dan merombak pemain dengan adanya muka baru yang diturunkan. Perlawanan bermula tepat pukul 9.00 malam dimana pasukan Serdang menurunkan regu handalan mereka iaitu Masri dan Ayup untuk berdepan dengan cabaran Cyberteam yang menaruh harapan kepada regu Wan Njang dan Syukri. Dari awal pertarungan lagi kedua dua regu mempamerkan persaingan yang sengit dengan kedudukan sentiasa terikat rapat dari 1-1, hinggalah 16-16 dan 19-19. Walaupun kedua regu Cyberteam adalah gandingan lama, tetapi sekurangnya 3 mata yang dilepaskan adalah dari kesilapan salah faham dimana bola dibiarkan jatuh kelantai. Manakala pemain Serdang iaitu Ayup pula begitu kemas mengawal didepan jaring. Dalam 5 pertarungan dijaring , 4 telah dimenangi oleh Serdang. Kesilapan membuat return terutama dari syukri juga agak ketara apabila pihak Serdang semakin meningkatkan kelajuan shuttle dengan smash dan drive ke baseline yg beberapa memerangkap regu Cyberteam. Pengalaman luas regu Serdang terutama ayub berjaya mengawal gelanggang dengan agak kemas namun kelincahan Wan Njang dengan beberapa siri smash berjaya mencuri mata demi mata. Pada kedudukan terikat 19-19, Cyberteam melakukan dua kesilapan dan sekaligus memberikan kemenangan set pertama kepada Serdang dengan kedudukan 19-21.
May20
CYBERTEAM CLUB MENANG 4-1
18 May 2009 – Kuala Lumpur. Dewan Badminton Desa Rejang Setapak Jaya telah dihadiri oleh kira kira 60 orang menyaksikan perlawanan persahabatan antara Cyberteam dan Serdang dalam acara regu badminton lelaki yang berkesudahan kemenangan berpihak kepada Cyberteam Club dengan kedudukan 4-1.
Dalam game pertama, kem Cyberteam menurunkan pemain baru gandingan Misnadie dan pitt manakala kem Serdang pula menurunkan Rizal dan Zul. Set pertama menyaksikan kedua dua pihak saling kejar mengejar mata dari 3-3 sehingga ke mata 13-14. Misnadie yang lebih bertindak sebagai “killer” banyak menggunakan smash kencang untuk mengalahkan lawan dan misnadie pula lebih kemas menguasai net dengan menghantar netdrop ternyata memberi masalah kepada pertahanan lawan. Pemain Serdang iaitu Rizal juga mempamerkan semnagat juang yang tinggi dengan membalas hantaran baseline dengan smash kencang. Akhirnya keputusan game pertama dimenangi oleh Regu Pitt dan Misnadie dengan kedudukan 21-17.
Mar11
Cyberteam Tewas Tipis (Perlawanan Ulangan Dengan Kelana Jaya)
Cyberteam tewas tipis.
Pasukan Cyberteam hampir memenangi perlawanan ulangan ditempat sendiri tetapi factor displin pemain yang tidak hadir tanpa notis menjadi punca utama kekalahan tipis kepada pasukan pelawat 2-3. Dua kemenangan strait set dan kekalahan 3 games yang lain setelah berjuang 3 sets masing masing.
Kuala Lumpur 11 march 2009 – Dewan MPAJ keramat Au2 menyaksikan Pasukan Cyberteam ternyata tidak mampu menandingan pasukan Kelana Jaya apabila tewas buat kali kedua ditempat sendiri dengan kekalahan tipis 2-3. Walau bagaimanapun ucapan tahniah harus diberikan kepada kem cyberteam kerana telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dan bermain bermatian matian walaupun akhirnya terpaksa akur dengan kekebalan pasukan pelawat. Semua kekalahan adalah diputuskan dari set ketiga. Ketidak hadiran timbalan presiden tanpa notis disaat saat akhir telah mengubah landscape perancangan dan strategik pasukan cyberteam. Ternyata dalam jiwa setiap pemain semangat berpasukan adalah sangat penting dan ini akan menjadi pengajaran kepada kelab cyberteam.